PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, NACS yang akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 akan dirasmikan peluncurannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Mei ini.
Katanya, peluncuran NACS ini merupakan langkah Kerajaan dalam membangunkan suatu strategi pembanterasan rasuah nasional selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), yang menetapkan bahawa semua negara anggota termasuk Malaysia untuk menghasilkan satu dokumen yang menjadi rujukan utama bagi inisiatif-inisiatif antirasuah di peringkat nasional.
"NACP yang berakhir pada 2023 telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor secara tidak langsung yang membantu kejayaan memperbaiki reputasi negara dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2019 di mana Malaysia melonjak ke tangga ke-51 berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.
"Atas faktor ini, NACS dibangunkan dengan memberi penekanan kepada lima strategi utama iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif," katanya.
Majlis ini juga akan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Pengarah Persekutuan selain Ketua-ketua Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC).
Azam berkata, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NACS, satu mekanisme pemantauan yang menyeluruh akan diwujudkan oleh BPGN SPRM di mana Laporan Pemantauan dan Penilaian mengenai NACS akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk diperakukan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Parlimen.
Katanya, SPRM menerusi BPGN bersiap sedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menyelaraskan pelbagai rancangan di bawah strategi terkandung dalam NACS.
Beliau berkata, SPRM meletakkan harapan tinggi bagi mendapatkan kerjasama semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan NACS bagi tempoh 5 tahun akan datang selaras hasrat untuk mencapai aspirasi nasional iaitu Membangun Malaysia Madani.
Kenyataan Media
Sun May 05 2024
NACS akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 Mei ini. - Foto Reuters
Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria
Santha Kumari berkata rumahnya di tingkat 20 tidak terkesan namun cermin belakang sebuah kereta milik adiknya pecah akibat kejadian itu.
Tabung Hidupan Liar Sedunia saman Norway rancangan perlombongan dasar laut
WWF percaya keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penilaian kesan strategik yang tidak memenuhi syarat minimum.
Pendaki wanita Nepal cipta rekod tawan Gunung Everest tiga kali dalam satu musim
Bekas wartawan foto berusia 33 tahun itu berjaya mencapai puncak ketiganya pada 5.50 pagi waktu tempatan pada Sabtu.
Manchester United juara Piala FA
Gol dijaringkan Garnacho pada minit ke-30 diikuti Kobbie Mainoo sembilan minit kemudian menafikan impian City menambah koleksi kejuaraan.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap Isnin ini
Kekosongan kerusi terjadi susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada Jumaat kerana mengalami keradangan dalam perut.
Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.
Liga Super: JDT belasah KL City 5-1
Keputusan itu memberi skuad Harimau Selatan tiga mata penuh untuk berada di tangga teratas carta liga dengan keseluruhan sembilan mata.
Wan Arif-Roy King tumpas kepada pilihan kedua dari Denmark
Wan Arif-Roy King ditewaskan pilihan kedua kejohanan itu menerusi permainan straight set 13-21, 19-21 dalam masa 43 minit.
Pemimpin tertinggi PBB akan hantar keputusan ICJ mengenai serangan israel kepada Majlis Keselamatan
Guterres akan menghantar notis langkah sementara yang diarahkan ICJ kepada Majlis Keselamatan untuk tindakan.
29 jemaah dirawat di tanah suci kerana pelbagai penyakit
Setakat 23 Mei 2023, daripada 12,686 jemaah haji Malaysia yang tiba di Mekah dan Madinah, 29 daripadanya dirawat di Hospital Arab Saudi, Pusat Rawatan TH Mekah dan Pusat Rawatan Madinah disebabkan pelbagai penyakit, antaranya disebabkan cuaca panas.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.